TLC: Pertandingan ITU- Melukis dan Mewarna
28 April 2015 | Aktiviti TerkiniProgram ini dijalankan bersama Tadika Lagenda Cemerlang (TLC) berikutan dengan Hari Ulang Tahun ITU yang ke 150. Program ini telah berlangsung pada 27 April 2015 di bilik latihan Pusat Internet Putrajaya Presint 9 Fasa 10. Kelas ini telah dihadiri oleh 13 orang murid- murid yang berusia 5 tahun. Kelas ini telah dikendalikan oleh Pengurus PI. Tujuan kelas ini adalah untuk meningkatkan kreativiti di dalam diri murid- murid. Oleh itu, murid- murid diberikan sehelai kertas dan mereka dikehendaki untuk melukis serta mewarna dengan menggunakan alatan yang di bawa dari tadika. Hasil lukisan mereka di hantar ke pihak ITU melalui email.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: